Friday, August 27, 2010

SUMMER PIT STOP PROMO!!

Autumn break.. kick StarT
Winter Gathering.. LULUS
Spring..here we GO!!


..we bring to YOU..


~SUMMER PIT STOP~

special for YOU!

OZ and NZ students
&
OZ and NZ newcomers

register NOW



Ramadhan Di Bumi Kiwi


Sesungguhnya Ramadhan yang berlalu tidak akan sekali-kali berulang. Begitulah jua detik-detik kehidupan kita. Adakalanya kita merasakan hidup ini terlampau bererti sehingga terkadang kita lupa tujuan asal kita diciptakan. Begitulah selayaknya manusia yang bergelar insan. Manusia yang sifatnya lupa, selalu terlupa atau dalam bahasa baiknya terkadang tak ingat.

Kita lupa bahawa dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, untuk apa ia perlu digunakan? Adakah untuk makan dan bergurau senda semata? Untuk tidurkah tujuan hidup kita? Tentu sekali bukan. Takkanlah Allah cipta kita dgn sebaik2 kejadian hanya tugasnya tidur je? Jadi, makan dan minum ke? Sila gelakkan diri kalau anda merasakan itu tujuan hidup anda. Hurm!
Lantas...apa ya tujuan hidup kita???

Mari mencari tujuan hidup di Bulan Ramadhan ini..Moga menemukan jawaban yang dicari.